بِسْـــــــــمِ
اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lama pulak tak update. Last week I mmg sibuk yg tramat sngt! serious
penat gilaaaa...oke! ttba je I ad trbaca article nih dalam my lovely lappy nih
n I would like to share this to u all…mesti..
Terkadang
u all terfikir :
Adakah
kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman
sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan
- kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati
(sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas,
dan sebagainya) ?
Ataupun
kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau
mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai
mereka?)
((ingat,
entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana
hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati
kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai
ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.
Kerana
berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki
dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk
berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk
menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia
lain.
Untuk
kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun,
tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta
berlainan segalanya.
Sehingga
sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan
diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun
diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada
Allah..
Dan
kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di
situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita
takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana
Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap
takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang
terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna
sesuatu pada kita.
Walaupun
banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun,
tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah
seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang
dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap
jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk
kita belajar sesuatu darinya.
Tak
pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah
stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam
perjalanan.
Percayalah,
kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham
dan ketidak seragaman.
Namun
masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa
kita yang jernih.
Kerana
kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta
yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan
hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana
itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula
kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah
dia Allah.
Kerana
dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those
does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita
Insya-Allah.
And
He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar,
dan teruslah berdoa.
Allah
itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar
yakin akan Dia..
* I copy this article from the
web. sbb I rasa article nih oke n nothing to b changed. Reminder for myself
too.
No comments:
Post a Comment