بِسْـــــــــمِ
اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat
pagi! rasanya macam almost week jgk tak update blog. Maklumlah sngt sibuk dgn
assignment + presentation + test. bak kata kawan fasa perubahan ke zomba. Wifi
kat rumah nih pun lambat. so kena lah sabar. Mesti u all semua pernah terfikir
or sngaja fikir tentang cinta dan hati. For sure msti pnya u all pernah. same
goes to meeee. hehe
So hari nih nk share sikit dengan u all kenapa kita as a human akan
berfikir tentang cinta dan hati. happy reading =)
Hati dan
perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun.
Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan
untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan
sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu
sibuk memikirkannya?
Adakala setiap
masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa
memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple".Bukankah couple itu
sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan
sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan
masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan
oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa
mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku
mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita?
untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah.
Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia
satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti.
Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba
memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali
bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan
meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka
melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum
yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan
syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal.
Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan
IMAN!
Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu
keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah
tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan,
dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu
dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan
kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati
Islam sepenuhnya.
Jom
sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar
ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA
berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana
keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain
selain naungan-KU."
Reminder to me too. so ap saja article yg ad I akn cuba utk be
more better than before In Shaa Allah