Monday, May 27, 2013

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    Lama pulak tak update. Last week I mmg sibuk yg tramat sngt! serious penat gilaaaa...oke! ttba je I ad trbaca article nih dalam my lovely lappy nih n I would like to share this to u all…mesti.. 

Terkadang u all terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]


Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

* I copy this article from the web. sbb I rasa article nih oke n nothing to b changed. Reminder for myself too.



Wednesday, May 22, 2013

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


      Oke! nak cerita lah sikit pasal CINTA nih, memang best bercinta....tapi bila dah putus ad yg dah serik nk bercinta...n ada pulak mcm xkisah...mcm2 ragam manusia. 
       
      Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya. Kkdg ada pulak org tanya:
 
"habis kalo salah sorg saje yg baik macam mana?"

      I pnya opinion k....It's mean that Allah nak mnguji kita macam mana sabarnya kita nak bawak psgn kita ke arah yg lebih baik n ke arah yg lebih mendekati Allah...to me it's like challange for someone yg dpt psgn mcm nih...Allah tgh uji kita..nk tgk sekuat mana kita mampu bersabar n tempuh dugaan yg Dia berikn pada kita. (Lain org lain jwpn..tp itu bg I)


      Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.

       Oke! here some tips for U (bole cuba):

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.


2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.


3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.


4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.


5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.


6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.


7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

   Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu you all yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. 

Common girls! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.


"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."


*remind for myself.

Khasiat susu kambing utk awesome wannabe mom!


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


       Selamat pagi, I doakan u all semua sihat n semoga dipermudahkan segala urusan kay! ~Ameen~ 

   Oke! this morning tetiba je nak bercerita pasal wannabe mom nih, although I tak kawin hehe tapi semacam nk share this interesting info for interested people yg nk baca hehhehe. Susu kambing. yukss! I mmg xsuka kmbing sbb bau nya yg sungguh 'harum' hingga menyengat hidung, family I mmg suka makan lamb chop, if kena pulak restaurant yg xpndai buat...perhh bau nya takyah cerita lah kan...hilang selera nak makan (bila nk cerita nih???lmbt betuii). 

    
     Benefit susu kambing nih sngt lah bnyk....nmpk je kecik kambing nihhh...tapi mnympan 1000 rahsia hehhe. oke there is: 
     
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa:
  1. Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
  2. Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
  3. Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
  4. Proses pencernaan  susu kambing hanya  20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
  5. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
  6. Kandungan  gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
  • Protein 2.1 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat Besi 2.0 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Garam Galian 2.0 kali ganda
  • Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
Kajian telah mendapati susu kambing adalah Susu Yang Terbaik selepas susu ibu kerana mengandungi sumber nutrien seperti berikut:


  • Tenaga
  • Protein
  • Lemak
  • Karbohidrat
  • Gula
  • Kalsium
  • Zat Besi
  • Vitamin A
  • Vitamin B2
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin B12
  • Asid Folik
  • Inositol
  • Sodium
  • Potasium
  • Selenium

other than that susu kambing nih jgk:
  • Merawat Kencing Manis
  • Sakit Jantung dan Darah Tinggi
  • Gastrik
  • Asma (Lelah)
  • Acute Anemia
  • Tulang Belakang Reput
  • Angin Ahmar
  • Insomnia
  • Kebas Kaki dan Tangan
  • Migrain
  • Semput
  • Masalah Keletihan
  • Masalah Kulit
  • Masalah Ketika Mengandung dan Kelahiran
  • Masalah Susah Buang Air Besar dan Buasir
Dan Banyak lagi penyakit boleh sembuh jika selalu mengamalkan minum susu kambing setiap hari dengan kerana susu kambing adalah
minuman kesihatan, ia bukan ubat tetapi boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Alaah S.W.T.

 Amalan Bagi Wanita Yang Sedang Mengandung
  • Minum susu kambing setiap pagi dan malam 
  • Minum bersama tiga biji kurma
  • Membaca al-quran (kalau boleh khatam berulang kali dalam tempoh mengandung)
  • Banyakkan membaca surah maryam, surah luqman, surah yusuf
  • Banyakkan membaca surah al-insyirah supaya dipermudahkan disepanjang tempoh mengandung dan semasa bersalin
  • Banyakkan berzikir dan berselawat
  • Faedah minum susu kambing(+kurma) bagi wanita mengandung:-   
       1. Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh
       2. Sumber kalsium & mineral untuk tubuh dan kandungan
       3. Mengelak bayi dari terkena demam kuning
       4. Membantu memudahkan proses bersalin
       5. Membantu membersihkan anggota dalaman dan peranakan    
          semasa bersalin

oke! nak share lah sikit mana korg leh cari susu kambing nih kan....
SUSU.SALIZZI



Sekotak Natalicious atau Natalshape (15 sachets) RM80 EM/RM90 WM sahaja :)
Postage EM/WM:RM6/RM8
(Contact: erinaasmaa@yahoo.com atau sms/ call no saya Erina 012-6424061.)

In shaa Allah for thoose yg tgh prgnt xkisah lah baru or lama, I doakan semoga Allah permudahkan setiap urusan U all k...yg pntg jgn lupa solat n doa! 

*reminder for myself too...even lmbt lagi. hehhehe


Tuesday, May 21, 2013

What??what?? Kenapa Aku Masih Solo?


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Oke! Disebabkan masih lagi ada membe2 yg sebaya I mengeluh:

"Wanyyy bila nk ad buah hati nihhh??"

"Wanyyy bila nk kawinn nihhh??"

"Wanyyy xde ke org nak kat I??"

    Lol! girls u are soo beautiful, jgn risau one day mesti akan ad price charming yg akn mengisi ruang hati u (cheewahh!drama sngt oke!). So u hanya perlu doa n serahkan pada Allah k butttt in same time kena usaha jgk.... =)

    To be honest I mmg suka sngt bukak page nih: 


          Sbb page nih bnyk sngt bagi nasihat utk remaja-remaja macam I nih (eysehhh! remaja sgt!), bila tgh marah, sedih, putus asa n whatsoever I akan cari page nih n cari artikel yg berkenaan mana lah tahu ada amalan yg I boleh follow kan In Shaa Allah.


            So this time nk cerita kenapa aku masih solo?, this artikel I dapat kat sana lah...sedikit sebanyak membantu cara pemikiran I nih for those yg asyk fikir "kenapaaalahhh I nih stilll solooo". Kalau rajin U boleh baca, xrajin xpe...bole baca time u solo k. hehhee

  
    Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

    Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

    Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni

Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan!.

Tips: Agar mudah orang sayang:

  1. cuci hati dengan jaga ibadah
  2. solat taubat
  3. beristighfar
  4. baca Al-Quran
  5. maafkan orang lain n meminta maaf
  6. bersedekah 
  7. berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

     Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.


Kadangkala Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat.
Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yg pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pstikn sembuh selagi iman t'selit d dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


    Oke! setelah baca artikel nih u all boleh menilai sndri diri sendiri k. I pun bukan nya sempurna, senang untuk diungkapkan tapi payah nak melakukan. So jalan terbaik berdoa pada Allah supaya diberikan jodoh yg baik utk kita. In Shaa Allah.



*maaf jika ada yg terasa hati. renungkan =) 



Zaoshang hao! Cara Buat Roomate Bengang.



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


         Selamat pagi! ha..pagi-pagi dah buat entry. Satu usaha yg bagus (eeeeleh awal nih je! believe it nnt msti sebulan skali je) hahhha. Bila baca title bunyi dah macam poyo kan? Mandrin kononnnnnnn (muka annoying) tapi siapa yang sekarang tengah tinggal dgn rumate apa kata korg cuba cara-cara buat rumate korg bengang! =) 



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


 SELAMAT MENCUBA!

*gurauan semata-mata =)

Monday, May 20, 2013

Post banyak-banyak



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Hari nih sebab terlampau xcited ada blog baru! yeayyyy! new blog *smbil lompat kegembiraan (huh! what a annoying thing!). Terasa nak post banyak-banyak in one day, bia annoying rasa dihati. Hehhe
      Oke! apa yg tgh famous sangat kat market skrg nih? Sampai org adore gila nk produk tuh (jerit mcm nmpk artist k-pop) is 

AURA WHITE BEAUTY! 


yes! aura nih mmg betul bwk aura for those yg nk cuba, pandai betul strategy mktg dornk dengan ada nya si Hanez Suraya. Tgk pic nih pun boleh meyakinkn mereka yg nk glow macam dia nih.

"Ishhh, putihnyaaaa hanezz nih produk apa dia pakai? nak pakai jgk lah."

See! dialog tuh pun dah show betapa minatnya people dgn produk nih. So mmg sinonim lah perempuan + kecantikan + shopping n tak hairan ad yg snggup berhabis duit for all those thing.


     Perempuan nih mmg dilahirkn dgn sifat n perasaan yg ingin sentiasa cantik, xkisah lah di depan mata siapa pun, sebaik2nya kita punya Mr.Hubby lah. tapi yg xbgusnya bila perempuan gunakn kecantikan yg drnk ada nih utk bnda yg xbest! soooooo not nice behavior mcm tuh yea girls!. Pls change your intention there! Niat pun dah tak baik maka tak diredhai lah. 

     Apa pun jangan sampai melanggar hukum Allah, ubah sana sini. tak bagus n sngt lah tak digalakkan. If kita pergi sekolah kita bole ikut rule sekolah, how come kita stay kat bumi Allah kita xboleh ikut rule dia yg simple as ABCDE...
      
*I'm not perfect. remind for myself too.

Cantik VS Cantik


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

     Untuk entry kali nih, nak bgtau for those yg rasa diri tak cantik. Kalo keluar dgn mmbe or trdgr bualan org (telinga kuali) akn trselit dialog sebegini:

" aku xcantik macam kau! kau ramai peminat."

LOL! Motif?!!*#$%@#%&.

     oke! pls stop thinking like childish! korg sbnrnya cantik, tapi xprnh nk dscover kcntikan yg korg miliki. Seriously apa yg Allah create dalam dunia everything is nice and beautiful. So pls be grateful of what Allah have gave to you, jgn smpai one moment Allah will take back what Him give to you, jgn menyesal!   

     I'm not so that perfect nak nasihatkan org yg ad low profil value mcm nih, because I use to b thinking like this before, bila muhasabah diri sndri (*poyo gila) dgn bnykkn berdoa dan solat, Alhamdullilah thing make easy. bukan nk showoff tp that is the reality. Allah sntiasa dgr luahan hati kita bila kita gembira n bila kita sedih, there are some reason kenapa Allah berikan ujian sebegini pada kita.

      For those yg sngt brsyukur mmpunyai wajah yg cantik dan jelita. TAHNIAH! anda berjaya melawan sikap rendah diri. Apapun sentiasa igt Allah dan yg paling penting jgn tinggal solat.


*Remind utk diri sendiri jgk yg bnyk kelemahan.

Hello New Blog


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seriously lama gila xberblogger nih. setelah bertahun tinggal kan dunia blog nih. n I delete my old blog (sbb konon xde masa nk menaip). For the 1st entry nih mybe xbnyk mnda utk dishare, just utk bgtau that I miss so much dunia blogging nih. So whtever ap yg d mention dlm blog nih if I: 
  1. tersalah info
  2. typo error
  3. too show off
  4. to arrogant
  5. and whtever yg u all xsuka lah.
I hope dalam hati kecil u all ad sifat pemaaf, so maafkan I, hehe. If u all xsuka the way I, don't shy-shy cat nk bgtau. hehe. Although I know very hard to delight the hearts of all people, but I try to change into it.